Friday, August 27, 2010

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI

Apakah tindakan wajar yang patut diambil untuk membendung obesiti daripada terus menular dalam kalangan kanak-kanak? Disini terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi masalah ini.


PEMAKANAN YANG SEIMBANG

Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan pemakanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitami, protei, lemak dan sebagainya. Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan. Elakkan makanan yang tinggi kandungan kolori seperti makan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan dan banyakkan makanan yang direbus dan dibakar. Elakkan menggunakan susu pekat manis dalam masakan kerana susu mengandungi kandungan gula yang amat tinggi. Selain itu, kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih. Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti cake cokelat, mentega, lemak haiwan dan sebagainya, Kita mestilah makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan. Minuman bersoda mestilah dikurangkan kerana kanak-kanak yang mengambil minuman ini berisiko tinggi mengalami kegemukan. Laporan para pengkaji dari Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh The British Medikal Journal The Lancet, remaja AS perlu segera mengurangkan minuman bersoda dan jeruk yang berisiko mengganggu kesihatan. Kegemukan dalam kalangan kanak-kanak juga disebabkan oleh punca lain. Misalnya tabiat menonton televisyen yang terlalu lama. Rancangan yang menarik seperti kartun dan telenovela membuatkan kanak-kanak mengurangkan aktiviti di luar rumah. Keadaan demikian mendorong tubuh kurang bergerak dan mudah menjadi gemuk.


MAKANAN YANG SESUAI

Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Hal demikian kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai dalam kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktivitri separti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh anda. Aktiviti ini dopanggil sebagai aktiviti statik kerana hanya duduk dan tidak sedikitpun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Juteru, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda boleh melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta pada waktu lapang dan aktiviti lain yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Oleh itu, dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.



AMALAN SENAMAN YANG EFEKTIF

Tentu ramai yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ad penyakit tentu ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan. Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap haridalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 setiap hari daripada bersenam selama 2 jam tetapi hanya seminggu sekali. Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.

Kenapa perlu bersenam?

Anda tahu atau tidak mengapa kita perlu bersenam? Disini terdapat banyak faedah. Antaranya adalah badan kita menjadi sihat dan kuat. Kita juga akan terhindar daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot. Selain itu, jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat. Pergerakan nadi akan meningkat dan mencegah pengerasan arteri serta menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar. Bersenam juga dapat menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Hal demikian dapat membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggan atau kecederaan yang lain.



HASWANI BINTI HARUN (206751)



MENGUBAH TABIAT

Seseorang obesity perlu mengenalpastikan masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan seperti tekanan perasaan ,makan mengikut perasaan,bosan dan sebagainya.seseoarang itu perlu mengelakkan perkara tersebut berlaku agar berat badan tidak di pengaruhi dengan perkara-perkara yang menyebabkan kegemukan.pesakit juga perlu meletakkan matlamat untuk mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam semasa menonton televisyen dan sebagainya.selain itu,pesakit hanya perlu menimbang berat badan mereka sekali seminggu untuk melihat perubahan yang berlaku.hal demikian kerana apabila mereka mengetahui berlaku sedikit perubahan ke atas diri sendiri ,mereka akan lebih yakin untuk meneruskan matlamat untuk menguruskan berat badan.mereka juga perlu memantau jumlah dan jenis pemakanan dan minuman yang diambil serta aktiviti fizikal yang dapat dilakukan dalam tempoh yang telah ditetapkan.hal ini kerana jika perkara tersebut tidak dititikberatkan minda akan lebih cenderung untuk tidak mematuhi pemakanan yang seimbang.mereka juga memerlukan sokongan yang kuat daripada keluarga dan kawan kerana golongan tersebut dapat menberi semangat untuk lebih yakin dengan berat badan mereka.


UBAT-UBATAN

Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga sepuluh peratus berat badan.terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu lipase inhibator.sejenis ubat untuk menhaklang enzim lipase didalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan daripada menyerap ke dalam tubuh.bagaimanapun,ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan bakinya akan memasuki system penghadaman makanan.selain itu,terdapat juga ubat untuk mengekalkan paras hormone adrenalin dan serotonin.dengan memakan ubat ini,ia akan mengawal fingsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa kenyang.kesan sampingannya ialah hipertensi,sukar tidur,jantung berdebar,panas dan sebagainya.ubat ini tidak digalakkan makan selalu kerana mengundang kesan sampingan .ubat yang ketiga adalah ubat kencing manis.ia boleh bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan memperbaiki sensitivity sel terhadap hormone insulin.ubat yang keempat merupakan ubat antikemurungan.walaupaun ia boleh menurunkan berat badan ,ia tidak digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan.penggunaan ubat-ubatan juga tidak digalakkan keran akan membahayakan kesihatan.di samping itu,individu juga boleh mengambil produk herba seperti yang kita semua tahu iaitu Jus mate 5.produk tersebut dapat membantu golongan yang mengalami masalah obesity.terbukti perubatan Dr. Rozmey membawa kepada kejayaan kerana ramai yang menggunakan produk ini telah Berjaya mengurangkan berat badan mereka.oleh itu .individu yang mengalami obesity disarankan mendapatkan khidmat nasihat pakar pediatric,pakar pemakanan atau pakar diet adalah satu keadaan yang kompleks.nasihat pakar penting bagi mengelak penggunaan teknik-teknik diet yang mungkin memberi kesan buruk.


NUR HANIM BINTI AYOB (206745)



KESIMPULAN

Obesiti bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan. Obesiti membawa kesusahan dan mengancam kesihatan kita. Memandangkan kesan akibat obesiti adalah bahaya,mereka yang terlibat perlu mengambil langkah – langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing –masing.

6 comments:

  1. Senaman memang merupakan satu langkah untuk mengatasi obesiti. Namun begitu, terdapat juga orang yang kerap bersenam tetapi masih mengalami masalah obesiti. Ini adalah disebabkan oleh apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dia tidak mengamalkan pemakanan yang sihat

      Delete
  2. selepas membaca petikan ini, saya medapati masalah obesiti semakin menular dalam masyarakat serba moden ini, walaubagaimanapun, saya berasa ibubapa juga perlu memberi perhatian terhadap kanak-kanak mereka terutama dalam makanan mereka, pemakanan segera perlu dikurangkan.

    ReplyDelete
  3. Masalah kegemukan di Malaysia mmg menjadi perkara utama ini disebabkan sikap rakyat malaysia yg suka makan. Kita boleh lihat selapas jam 6mlm kedai2 makan bersepah dgn majoriti penduduk malaysia yg masih makan mlm. Masalah ini ditambah lagi dengan kurangnya aktiviti riadah dimana 20% sahaja taman2 rekresi dan kompleks sukan digunakan. Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit membina fasiliti ini untuk rakyat. Sikap ini boleh diubah jika rakyat malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dan jika sukar juga ambillah cara yg lebih mudah seperti diblog ini http://beautifulanie.blogspot.com/ itu pun jika berkemampuan.

    ReplyDelete
  4. someone please give me more samples...

    ReplyDelete
  5. boleh saya tahu, artikel ini ditulis berdasarkan kajian oleh siapa? :)

    ReplyDelete